Gereja Protestan DI Sabah

GPCS.COM.MY

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home RnD PCS WAJAH DAN MISI BARU

WAJAH DAN MISI BARU

E-mail Print PDF

 

Shalom semua..Puji Tuhan kerana web kita kini berwajah baru. Segar dan menampakkan tekad baru walaupun masih di peringkat pembangunan. Mesyuarat EXCO PCS pada Disember 2010 bersetuju agar web rasmi PCS lebih berkonsepkan informatif berbanding konsep interaktif forum sebelum ini. Tahniah kepada pihak admin yang bertungkus lumus menjayakan harapan EXCO dan pastinya jerih payah anda diperhatikan Tuhan..

 

Walau bagaimanapun forum interaktif tetap akan dikekalkan kerana sudah mempunyai keahlian yang ramai dan para ahli pula terdiri daripada pelbagai latar, kebolehan dan kepakaran yang merupakan sumber bernilai kepada PCS khususnya bidang R & D. Cuma forum interaktif ini bukan lagi main page web ini tetapi sub main page dan anda semua boleh meneruskan perbincangan seperti sedia ada. Manakala main page web ini merupakan laman informasi PCS dari pelbagai bidang dan peringkat pelayanan.

Semuanya di masih di peringkat pembangunan, khususnya maklumat dan data. Kita sedia maklum kebanyakan pelayan dalam PCS bukan sahaja tidak ada akses internet di kawasan mereka malah kemampuan mereka menguasai ICT masih terhad.Ini bermaksud proses melengkapkan web ini dari segi kepelbagaian sumber berita pasti akan mengambil masa.Unit website PCS dibawah bidang R & D yang diterajui oleh Pdt.Christopher Ogodong dan En.Maklin Masiau dibantu oleh En.Hanly memerlukan sokongan berterusan daripada anda semua. Kami yakin bahawa "di luar sana" ramai generasi baru PCS yang mempunyai kepakaran dalam mengangkat martabat website ini.

Comments (0)Add Comment

Write comment

security code
Write the displayed characters


busy
Last Updated ( Friday, 05 March 2010 11:52 )