


Jalan utama iaitu Jln Hap Seng dari Kg.Mempakad tidak dapat dilalui. Oleh itu rombongan terpaksa menggunakan laluan dari Pekan Tandek, melintasi Kg.Samparita dan Kg.Bombong 1 dengan jarak masa perjalanan sekitar 3 jam memang amat mencabar. Jalan yang teruk berlubbang, bukit yang sangat tinggi serta laluan dalam sungai Nibang dan sungai Bengkoka menjadikan perjalanan seumpama rally camel trophy namun amat adventure.
Jemaat menyambut rombongan dengan penuh terharu kerana rasa teruja dengan kunjungan dari pihak pusat. Gembala mereka iaitu Gembala Matrin Ongoh merupakan gembala muda berumur pertengahaan 20-an, amat bersemangat dan sudah melayani di sana sejak Mei 2009. Parokhi Nibang sebenarnya hanya wujud pada tahun 2001 setelah dipisahkan dari Parokhi Dandun dan kini mempunyai 5 jemaah.
Puji Tuhan, walaupun lawatan ini tidak membawa material kepada mereka namun sokongan moral dalam konteks pembangunan gereja dan iman merupakan suntikan kepada mereka. Mereka amat memerlukan bantuan Alkitab dan material kebajikan seperti pakaian dan sebagainya.







